SALAM SEJAHTERA

Monday, 21 March 2011

Selamat Datang Ke Blog Rasmi JPM MSI

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya ingin ucapkan selamat datang kepada para pengunjung blog rasmi JPM MSI 2011/12. Smoga saudara dan saudari dapat manfaat yang berguna serta info-info yang menyeluruh dengan intipati yang ada di dalam blog ini.









Blog ini julung kali ditubuhkan atas inisiatif JPM MSI sendiri, bertujuan untuk memperkasakan penyampaian JPM MSI kepada warga MSI, terutamanya kepada para pelajar MSI yang acapkali dibelenggu dengan masalah sistem penyampaian yang kurang berkesan, dan tidak menyeluruh yang menyebabkan warga MSI terutamanya para pelajar tidak mendapat maklumat yang jitu tentang permasalan yang timbul atau aktiviti yang dijalankan di dalam MSI ini.


Masalah sistem penyampaian yang timbul saban tahun telah menyebabkan timbulnya fitnah seperti JPM MSI tidak melakukan kerja, jabatan HEM kikis wang aktiviti pelajar, kurang aktiviti dijalankan, pihak akademik tidak menjalankan tugas dan juga lain-lain isu.  Fitnah-fitnah yang timbul telah menyebabkan imej JPM MSI, HEM beserta pihak yang terlibat tercalar, dan sekali gus reputasi dipersoal, walhal pihak-pihak tersebut telah menjalankan tugas yang terbaik, dan mungkin keadaan tidak memihak JPM MSI beserta pihak-pihak tersebut.  Namun demikian, tidak ada pihak yang bersalah dalamhal begini, kerna   kita semua manusia, dan manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan, seperti yang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ.
Setiap anak Adam (yakni manusia) pasti melakukan kesalahan, sedangkan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat[1]
          (Hadis di atas umum sifatnya dimana tidak terkeluar daripada maknanya kecuali para Rasul serta para Nabi ‘alaihim al-Shalat wa al-Salam. Hanya mereka sahaja yang terpelihara daripada melakukan dosa dan kesalahan.)

Atas dasar inilah  membuatkan JPM MSI memandang sirius perkara ini, dan  langkah-langkah proaktif telah pun dikenal pasti, berserta dengan pelaksanaanya bermula dengan pelancaran blog rasmi JPM MSI. Blog JPM MSI ini adalah salah satu langkah memperbaiki sistem penyampaian, selain daripada pengiklanan papan kenyataan (board advertisement) dan juga BULETIN JPM (akan datang - sedang dalam rangka penelitian).


Selain untuk memperkasa sistem penyampaian, blog ini juga:
1. Merupakan medium maya bagi menjawab segala kemusykilan yang ditujukan oleh warga MSI, bagi mngukuhkan lagi pemahaman warga MSI tentang segala yang berlaku di MSI ini.
2. Mewar-warkan segala aktiviti yang berlaku di dalam mahupun di luar MSI.
3. Platform untuk JPM MSI untuk menyuarakan pendirian tentang isu-isu semasa (antarabangsa/tempatan)


Apa yang JPM MSI lakukan ini mungkin tidak sehebat atau se-gah  apa yang IPTA-IPTA lakukan, namun ia adalah satu inisiatif  yang bermula dengan nawaitu (memperbaiki dan menjadi lebih baik), disusuli dengan usaha, dan akhirnya tawakal, moga-moga apa yang dilakukan diredhoi-Nya.    


Akhir kata daripada saya, mewakili JPM MSI, mengharapkan semoga apa yang JPM MSI lakukan dapat mendekatkan lagi hubungan semua pihak, baik terhadap pelajar mahupun pihak pentadbiran dan juga akademik, kerna itulah fungsi JPM, iaitu sebagai penghubung antara pihak pelajar dan pihak universiti. Wallahualam...


Assalam..


Saiful Azhar Ramly
Presiden Jawantankuasa Perwakilan Mahasiswa UniKL MSI 2011/12,
Bendahari Majlis Perwakilan Mahasiswa UniKL 2011/12.



[1]               Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi – hadis no: 2499 (Kitab Sifat Kiamat……). al-Hakim mensahihkannya sebagaimana di dalam kitabnya al-Mustadrak ‘ala Shahihin  – hadis no: 7617, namun berkata al-Zahabi: “(Di dalam isnadnya terdapat) ‘Ali bin Mas‘adah dan beliau tidak mantap (dalam penyampaian hadisnya).” Selain itu hadis ini juga dikeluarkan oleh al-Darimi di dalam Sunannya – hadis no: 2727 dan Ibn Majah di dalam Sunannya – hadis no: 4251.

21 comments:

  1. admin silalah tmbah button share and like facebook kt blog utk kgunaan masa depan :)

    ReplyDelete
  2. yeaahhh...!!superb...!!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..bagus dan tahniah kepada jpm msi kerana mewujudkan blog ini.Melalui blog ini segala maklumat atau pengumuman dapat di salurkan kepada semua mahasiswa/siswi UniKL MSI.Update blog dari semasa ke semasa,dapatkan feedback dan cadangan daripada mereka untuk jpm mendapat bertindak dan memberi penjelasan mengenai sesuatu isu.Pesanan saya kpd jpm jgn cepat melatah dengan segala komen dan cadangan mereka,dengar dahulu pendapat dan komen mereka dan selesaikan secara berhemah melalui mesyuarat atau berjumpa mereka face to face.

    ReplyDelete
  4. terima kasih YB syafiq kerna sudi menjenguk blog kami, mudah-mudahn ia menjadi platform terbaik utk berdiskusi bersama pelajar.. inshaallah kami akan lakukan terbaik dgn bersemuka dan menangani masalah mereka .. :)

    ReplyDelete
  5. We ARE waChing u ALLL.........
    ´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶
    ´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´¶¶
    ´´´´´´¶¶¶¶¶´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶¶
    ´´´´´¶´´´´´¶´´´´¶¶´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´¶¶
    ´´´´´¶´´´´´¶´´´¶¶´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
    ´´´´´¶´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶
    ´´´´´´¶´´´¶´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
    ´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
    ´´´¶´´´´´´´´´´´´¶´¶¶´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
    ´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
    ´¶¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
    ´¶´´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´¶¶
    ´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
    ´´¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
    ´´¶¶´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
    ´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶

    ReplyDelete
  6. nie nak tanya tentang kat matrik bl kluar kene bagi guard...ap ct seterusnya?

    mamsuhkanlah sistem KUNO tue...kata UNIVERsiti KUALA LUMPUR...nmnya j dah GAH...tp sistem KUNO nak mampos...
    rsnya kami semua mahasiswa/siswi xperlulah sistem tersebut...xpercaya?...saya cabar kamu buat undian...kami semua siap blh bg NAMA n ID masing2 dalam kertas servey itu....

    ad JPM berani BUAT!!!!!

    ReplyDelete
  7. peeewwwwiiiiitttt.......

    ReplyDelete