SALAM SEJAHTERA

Saturday, 26 March 2011

Sistem Rumah Sukan Untuk Pelajar UniKL MSI

Bismillahirrahmanirrahim..






Idea penubuhan rumah sukan telah diilhamkan oleh Dr. Rusli sendiri, bagi merapatkan lagi hubungan sesama staff-staff UniKL MSI. Idea tersebut pada awalnya diguna pakai hanya untuk staff-staff UniKL MSI, namun sekarang ia bakal dijalankan juga kepada para pelajar UniKL MSI bagi tujuan merapatkan hubungan sesama para pelajar, dan juga hubungan para pelajar dan staff-staff UniKL MSI.


En. Azlan (HEM) telah memberitahu bahawa sistem rumah sukan untuk para pelajar akan dikuatkuasa serta-merta sejurus para pelajar mengetahui rumah sukan masing-masing. Pihak IT unit telah mengklasifikasikan para pelajar kepada rumah sukan masing-masing, dan nama-nama tersebut akan dihebahkan dalam masa yang terdekat. 


Rumah-rumah sukan yang telah ditubuhkan adalah:
1. Real Madrid



2. Barcelona




3. Atlético Madrid








4. Deportivo de La Coruña






Nama-nama rumah sukan ini secara umumnya diambil daripada kelab bola sepak terkemuka di Sepanyol.

Rumah sukan untuk para pelajar akan dihebahkan dalam masa terdekat ini, dan serta merta aktiviti berkaitan akan dilakukan didalam rumah-rumah sukan yang telah diberikan.

Mudah-mudahan apa yang dilakukan dapat merapatkan hubungan sesama kita warga UniKL MSI, dan diredhoi-Nya.

Assalam..

1 comment: