SALAM SEJAHTERA

Wednesday, 6 April 2011

Krew Diperlukan Untuk UniKL Auto Carnival 2011

Seramai 80 orang krew (terbuka untuk semua pelajar UniKL MSI) diperlukan untuk menjayakan UniKL Auto Carnival 2011 yang akan diadakan pada 17 hb April 2011.

Sunday, 27 March 2011

Dialog Dekan Bersama Pelajar Diploma & Ijazah

PERHATIAN KEPADA PELAJAR DIPLOMA DAN BETA, PERJUMPAAN DEKAN BERSAMA PELAJAR DIPLOMA & BETA AKAN DIJALANKAN PADA 28 MAC 2011, JAM 4-6 PTG DI MPH Ibn Hazm. 


Pada awalnya perjumpaan Dekan dan Diploma dilangsungkan pada 28 Mac 2011, jam 8.30 malam, namun atas sebab yang tak dapat dielakkan, ia diubah kepada 4 - 6 petang (tetap pada 28 Mac 2011), dan dilakukan serentak bersama dengan para pelajar ijazah. Segala kesulitan amat dikesali.


Assalam..


AIYUB AZIZAN

Saturday, 26 March 2011

Sistem Rumah Sukan Untuk Pelajar UniKL MSI

Bismillahirrahmanirrahim..






Idea penubuhan rumah sukan telah diilhamkan oleh Dr. Rusli sendiri, bagi merapatkan lagi hubungan sesama staff-staff UniKL MSI. Idea tersebut pada awalnya diguna pakai hanya untuk staff-staff UniKL MSI, namun sekarang ia bakal dijalankan juga kepada para pelajar UniKL MSI bagi tujuan merapatkan hubungan sesama para pelajar, dan juga hubungan para pelajar dan staff-staff UniKL MSI.

Wednesday, 23 March 2011

Mesin Basuh & Vending Mesin Baru..Coming Soon

Bismillahirrahmanirrahim..


Pertemuan 6 mata JPM MSI bersama En. Badri dari General Administration Unit petang tadi telah membuahkan hasil yang sangat positif dalam menangani masalah kekurangan mesin basuh di kalangan para pelajar terutamanya di kawasan blok-blok pelajar lelaki.

Monday, 21 March 2011

Wifi MSI Lembab?

Bismillahirrahmanirrahim..


Internet asrama adalah di bawah kuasa vendor luar dan bukannya dibawah IT Unit MSI. IT Unit hanya menguruskan internet di bahagian management, tetapi internet asrama di uruskan oleh vendor luar.Tetapi sebarang masalah internet di asrama,disalurkan ke IT Unit supaya pihak IT Unit dapat melaporkan pada pihak Vendor luar dengan kadar segera.

Mengapa Tukar Bilik Setiap Semester?

Bismillahirrahmanirrahim..


Pada mesyuarat  JPM  bertarikh 17 Mac 2011 bersama penasihat JPM yakni En. Azlan(HEM) dan En. Raja, pihak JPM telah mengutarakan soalan mengapa pelajar MSI perlu menukar bilik pada setiap semester. Ini berikutan hasil kaji selidik JPM yang mendapati  terdapat pelajar yang berharap agar mereka tidak perlu menukar bilik setiap semester.

Parking dan Saman

Bismillahirrahmanirrahim..

Parking dan saman telah menjadi isu besar di kalangan pelajar hostel sejak setahun yang lepas, dan masalah tersebut masih berlanjutan hingga sekarang. Isu tersebut mencapai kemuncaknya apabila terdapat segelintir pihak yang secara aggresif dan terang-terangan (di laman web sosial) mengutuk dan menuduh pihak yang terbabit tidak melakukan kerja dengan baik, sehinggakan ungkapan yang kurang elok digunakan melebel pihak berkenaan.