SALAM SEJAHTERA

Monday, 21 March 2011

Parking dan Saman

Bismillahirrahmanirrahim..

Parking dan saman telah menjadi isu besar di kalangan pelajar hostel sejak setahun yang lepas, dan masalah tersebut masih berlanjutan hingga sekarang. Isu tersebut mencapai kemuncaknya apabila terdapat segelintir pihak yang secara aggresif dan terang-terangan (di laman web sosial) mengutuk dan menuduh pihak yang terbabit tidak melakukan kerja dengan baik, sehinggakan ungkapan yang kurang elok digunakan melebel pihak berkenaan. 







Sebenarnya, perkara ini telah dibawa ke pihak pentadbiran, dan isu ini dianggap remeh kerna:
1. Parking masih lagi banyak - terdapat banyak parking lagi di belakang bengkel.
2. Saman dikenakan bukan dengan sengaja, tetapi disebabkan kesalahan iaitu parking ditempat larangan, dan juga tiada sticker kenderaan.

Pada meeting 17 Mac 2011 yang lepas, En. Azlan dari bahagian Hal Ehwal Mahasiswa MSI telah menerangkan dengan lanjut masalah parking dan saman yang dialami sekarang. Menurut En. Azlan, masalah parking sekarang ini adalah disebabkan oleh para pelajar hendak meletak kenderaan mereka dekat dengan kawasan hostel - senang untuk awasi atau keluar-masuk kereta disebabkan dekat. Perkara ini menyebabkan parking di sebelah belakang bengkel lengang (disebabkan jauh).

Idea untuk mewujudkan kawasan parking yang baru ada dilontarkan oleh segelintir pihak, namun ia tak dapat dilakukan kerana:
1. Kawasan parking masih lagi banyak.
2. Dana tak mencukupi.

Untuk mengatasi masalah ini, HEM telah mewujudkan sistem baru, yang berkuat kuasa semester depan (inshaallah), iaitu:
1. GOLD STICKER - 
HARGA: RM10 - 15 (belum comfirm ) 
BILANGAN: Tiada had (belum comfirm)
KAWASAN: pemilik dibenarkan parking di semua kawasan KECUALI hostel

2. PLATINUM STICKER
HARGA: RM 25 - 30 (belum comfirm)
BILANGAN: TERHAD kepada bilangan parking yang ada di kawasan hostel.
KAWASAN: Pemilik DIBENARKAN parking di kawasan hostel.

3. Sistem LINE PARKING yang baru akan dilakukan semua melibatkan:
   a) kawasan parking moto (selain daripada bawah blok) akan ditukarkan menjadi parking kereta.
   b) kawasan2 tepi blok dan kafe yang dibenarkan untuk parking kereta akan diletakkan line.

4. Zone CLAMPING diwujud kan :
   a) untuk mengelak daripada kereta parking di tempat yang dilarang.
   b)RM 50 (belum comfirm) dicas untuk membuka CLAMP.

5. PARA PELAJAR SEMESTER 1 DILARANG MEMBAWA KENDERAAN MULAI SEMESTER DEPAN. TINDAKAN TEGAS AKAN DIAMBIL. 

Inilah langkah-langkah semasa yang telah diambil oleh pihak pengurusan untuk mencegah masalah parking  MSI. 

Perubahan semasa tentang sistem parking akan dikemas kini di blog ini dari semasa ke semasa.

Assalam..


AIYUB AZIZAN
Naib Presiden Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa UniKL MSI 2011/12.

18 comments:

  1. salam.....
    sebelum sy memberi comment,sy ingin mintak maaf sekirenya sy terkasar atau kurang sopan...
    adakah ini satu penyelesaian yg tepat utk masalah yg dibincang kan?
    that u all get a high vote from students with what u all have suggested above?
    please make a meeting with student A.S.A.P

    ReplyDelete
  2. walaikumsslm.. ini semua penyelesaian daripada pihak pengurusan, dan pihak JPM memang tidak ada kuasa untuk meminda atau memansuhkan..namun jikalau saudara ada penyelesaian yang lain, idea yang lebih baik.. sila lontar kan dengan segera, dan dengan izin-Nya dibincangkan... Jangan harapkan perjumpaan bersama jpm bersama student baru nak kemukakan idea.. saudara boleh lakukan di sini, melalui email yang kami berikan untuk pendapat dan aduan.. buat masa ini, sistem ini yang akan dilakukan, namun harus diingat, bahawa ia tak comfirm lagi.. segala idea baru yang bernas di alu-alu kan .. emailkan idea saudara ke jpmmsi2u@gmail.com..atau jika saudara ingin penjelasan secara bersemuka, bila waktu saudara ada terserampak dengan saya, tegur dan berikan idea saudara secara terus.. inshaallah :).. ana aiyub azizan

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.....
    sbelum itu saya nk minta maaf lah kot2 ada tkasar ayat dlm ayat saya nnt.

    setelah diperhatikan dan dibaca degan teliti pihak jpm dalam mmbntu student dalam masalah parking telah mnjadi lebih rumit kerana ianya lebih membebankan student apabila hendak meletak kenderaan kerana terpaksa membeli stiker pula. Adalah lebih baik kita mengamalkan sistem "sistem siapa cepat dia dapat" yg kita praktikkan skrg ini. Ramai student yang mengharapkan idea mmbeli stiker ini gagal dijalankan kerana menyusahkan student. pelajar perempuan letak la kenderaan di parking blakang workshop asrama mereka pun di hujung kan?? pttnya time ni laa korg jmpa student bincang masalah ini. tp korg xnk jmpa student,blum jmpa korg dh kata "Jangan harapkan perjumpaan bersama jpm bersama student baru nak kemukakan idea"... pttnya korg cuba dahulu. time bila saya nk jmpa korg pun blum tentu ngn klas padat lg.
    klo ada tkasar bahsa sory yaa..

    ReplyDelete
  4. tentang idea ini sy rase ia kurang berkesan....

    -kenape mesti harge sticker parking dinaik kan...?
    -kebarangkalian student masih akan parking di tempat laranggan.
    -student masih akan disaman.

    berkenaan dgn student sem 1
    -kenape mereka tidak dibenar kan membawak kenderaan?sedangkan kemudahan pengangkutan di luar susah nak dapat.
    -lg pun dorg mesti kerap nak keluar...nak beli barang harian....koperasi pun kadang2 je bukak and tutup awal....

    berkenaan line parking
    -cadagan tu amat disokong...

    cadangan lain oleh sy
    -time nak buat line parking tu, kte boleh ade kan gotong-goyong time weekend....coz time weekend, MSI ni sunyi je....
    -parking kat belakang bengkal tu boleh la dikhas kan utk student pempuan....coz dorg kan dkt dgn parking tu....student laki block zaragoza boleh la park kat tmpat yg dorg park skrng ni.
    -tolong tampalkan peta dekat notice board, tempat larangan student utk park kereta.
    -signboard belakang cafe tu tolong ubah...coz student x nampak...

    sekian terime kasih...
    mintak maaf klu ade terkasar n typing error
    salam

    ReplyDelete
  5. time bila saya nk jmpa korg pun blum tentu ngn klas padat lg

    maksudnya klo nk jmpa2 kot tgh jalan susah laa... tp klo korg buat perjumpaan rmai2 ngn student ok laaa...

    ReplyDelete
  6. platinum sticker--rm25-30??

    gile byk sgt mkn duit
    yuran da 800++..

    kayo2 hem..

    ReplyDelete
  7. btol 2.... pttnya senangkan student tp ini mnyusahkan student.... saya brharap perkara ini tidaklah seharusnya dipanjangkan hingga ke admin kampus atau ke pihak atasan.... klo bleh satlekan bahagian dalaman sahaja...

    ReplyDelete
  8. bla adinya dan red_akimo88 free? kita set time, jumpa di kafe, dan bicara perkara ini dgn santai, seperti minum teh tarik.. inshaallah ~ :)

    ReplyDelete
  9. ak nk paking depan hem...xde trtulis pon tu tmpt tuk hem...tol x

    ReplyDelete
  10. kat cni, aku skong sbenarnye...cume aku nk kan kpastian dr pihak korang, tempoh penggunaan sticker tu utk brape lame?sbb klau hanya utk 1 smester, aku rse mmg x sesuai...

    aku taw ni jerk cre korang tuk slesaikan msalah ni d sbbkan byk perkara2 yg x diingini...sbb klau sistem skrg ni dtroskan, mmg ssah...akn mkin byk komen tentang saman dikeluarkan...n akn mkin rmi yg x puas hti...

    bg student2 yg laen, klau korang pk utk kemudahan korang jerk, mmg pyah...aku hrap korang bole pk dr sdut laen...smpi bila sgale urusan xkn dpat pnyelesaian klau xde kate spakat dr korang..korang kne pk klau korang kat tmpt diorang yg kne pk utk slesaikan msalah2 korang ni...jgn selfish sgt...hrap korang dpt phm...

    psal parking tmpat prempuan ni, jgn la korang nk usik2 plak...parking dpan blok prempuan ni pon bknnye byk mne pon..ade jgak yg parking blakang workshop...korang jerk yg xnmpk..ktorang jgak ade hak utk perthnkan hak ktorang....so, mcm yg aku ckp, jgn selfish sgt...igt sket org laen...klau byk sgt komen, xpyah bwak kete tros...

    ReplyDelete
  11. hehehe....kepade anonymous yg comment 23 march 2011 kul 10:26...
    hang ckp ikut kate sepakat...if yg sepakat tu menyokong utk parking di tempat student permpuan mcm mane?
    kte org bukan selfish...kte org just menberi pandangan....ini name nye idea yg dilontarkan....
    dalam perbincangan kte mesti ade respond yg berbeza2 br lah kte dapat solution yg bernas....
    sekirenye dlm perbincangan kte hanye berdiam atau menjawab "ye saye setuju" itu bukan jln penyelesian.
    dlm perbincang memang wujud bnyk comment..
    dan x semudah itu utk bercakap "x payah bawak kereta teros"
    klu kerata itu satu pemberian dr ibubapa utk kemudahan student knpe ia tidak perlu dibawa atau diguna kan?
    ape yg boleh sy ckp...tlng fkr seblum berckp atau bertindak....
    mintak maaf sekirenye terkasar....

    ReplyDelete
  12. kepade anonymous yg comment 23 march 2011 kul 10:26...
    sekirenye anda hanye mampu comment sbgai anonymous supaye org lain tidak akan tahu sape anda dan anda boleh bercakap sepeti puppet dimana kte hanye mendengar suare tp tidak tahu siape yg bersuare itu terpulanh lah...
    just want let u know that u just make a mistake at ur statement....
    just read back what have u written as below...
    we know u ar girl.... sori again....

    "psal parking tmpat prempuan ni, jgn la korang nk usik2 plak...parking dpan blok prempuan ni pon bknnye byk mne pon..ade jgak yg parking blakang workshop...korang jerk yg xnmpk..ktorang jgak ade hak utk perthnkan hak ktorang....so, mcm yg aku ckp, jgn selfish sgt...igt sket org laen...klau byk sgt komen, xpyah bwak kete tros..."

    ReplyDelete
  13. mintak maaf typing error
    "suare tp tidak tahu siape yg bersuare itu,*terpulang lah"

    ReplyDelete
  14. (((psal parking tmpat prempuan ni, jgn la korang nk usik2 plak...parking dpan blok prempuan ni pon bknnye byk mne pon..ade jgak yg parking blakang workshop...korang jerk yg xnmpk..ktorang jgak ade hak utk perthnkan hak ktorang....so, mcm yg aku ckp, jgn selfish sgt...igt sket org laen...klau byk sgt komen, xpyah bwak kete tros)))
    ayat dari Anonymous//23 March 2011 10:26 //

    dari cara ko tulis nk ko mcm x matang je... sejak bila tmpat parking ni jd hak korg.... red_akim88 hanya mmberi pandangan je yg ko nk bg ayat budak2 ni knapa?? klo xleh trima pndangan org jgn komen kt blog ni.. blog ni jpm buat untuk faham n terima aduan atau idea dari student dan mengaplikasikannya sekiranya boleh... mgkin ko xdak keta sbb x mmpu tp bg student yg mampu n ada kreta mereka semestinya nk bawa kreta, atau mgkin kreta itu satu hadiah dr fmily diorang, atau mgkin untuk mnyenangkan mereka... cuba la fikir ini wlaupun kau xde kreta...
    cuba blajar untuk mnerima pndapat org dan fikir baik buruk sesuatu pndapat.. jgn terlalu ikut perasaan atau jgn terlalu kebudak-budakkan sbb ko bukan lah dolls..klo ko nk mrah2 sgt pun x berbaloi sbb lot parking ni bkn milik keluarga kau... jpm dah cuba sedaya upaya untuk faham student dan mmbntu student dlm satle masalah ini jd dgn idea2 kita ini sedikit sebanyak boleh mmbntu mereka mggunakannya, bkn dgn cara ko yang x matang ni mmpertahankan hak yang bukanlah milik kau. harap kau tidak kusutkan pihak jpm dgn cara sikap kebudakkan kau 2. klo nk tolong bg je idea yg bernas bknnya dgn ayat kebudak-budakkan. igt ko bknnya dolls.
    sekian...........

    ReplyDelete
  15. sabar sahabat2 sekalian, jgn lah kerna sesuatu begini kita bertikam lidah.. marilah kita berdiskusi dgn ilmiah, serta penuh rasa adab dan sopan..kerna kita semua pelajar universiti yg diiktiraf sbg '5 tier'.. segala komen yg bernas akan diusul kpd hem serta merta, dan papan tanda memg ada di dlm sistem parking yg baru, smua 2 trmasuk dlm bajet.. inshaallah :)

    ReplyDelete
  16. bercanggah pendapat memg digalakkan di dalam islam, malah lebih byk pendapat diberikan, lebih byk solusi boleh dicipta.. tima ksih diucapkan kpd anda smua kerna prihatin trhdap persekitaran msi, dan sanggup melontarkn idea2..truskn, kerna blog ini juga dilihat scara xlangsung oleh saudara syafiq salleh, iaitu (presiden JPM MIMET dan Presiden MPM UniKL 2011/12), mungkin apa yg dikata akn diberi perhatian oleh MPM dan dibawa ke mesyuarat bersama Presiden UniKL.. moga segala yg dilakukan diredhoi-Nya.. :)

    ReplyDelete
  17. Woi JPM...kamu gila gapo!!!adeke stiker paking $15-$30?...wei ingat nie MMU ke?ap korang ingat km student smua anak DATO2?wei kami pn cari ilmu tempat oarang dee...berkeraslah sikit suara kamu smua JPM...kata wakil mahasiswa/siswi...kenapa suara kalian xmembawa sebarang reaksi dr HEM?..adakah kalian ikut telunjuk HEM?

    senang mcm nie la,,parking kat belakang workshop blh,tp kami mintak ada guard jaga disitu 24hours.wujudkan pondok guard disana..jd kami rasa selamat.pasal parking kami semua mahasiswa/siswi,,xjd persoalan bl kakitangan HEm n cafeteriaMSI letak kereta mrk di DEWAN besar...wei kami bayar 1sem $7000 dee..ade ke mrk byr sesen parking?...jgn sampai den jUAL STIKER HARAM!!!!

    tolonglah fikir LOGIK AKAL...suara kalian(JPM) patut garang dan HEM mst tunduk bl kamu bersuara bukannya kamu ikut j telunjuk mrk...klu mcm nielah MSI,confirm den xkan invite org luar msk MSI ini...lm2 MSI pn lingkup bl smua student bt benda bgn...post k smua laman sesawang...mati dee!!!!

    cadangannya:
    1: adakan guard di belakang workshop
    2: HEM n staff cafetaria diminta cau p parking kete kat DEWAN besar
    3: student tahun 1 dilarang bawa kereta.
    4: ditepi bahu jalan patut parking senget(space pn banyak)
    5: suara JPM perlu GARANG dr HEM...faham tdk!!!

    ReplyDelete
  18. Salam.

    Aku lebih sukakan dgn "sistem siapa cepat dia dapat". Tapi klu nk dikhaskn parking lot di belakang workshop tu utk student pmpuan shj, elok diadakan warna sticker yg berlainan. bukannya bersikap "racist" atau berat sebelah, tp utk memudahkan tindakan utk diambil oleh pihak HEM dgn sistem "CLAMP"nya. agak2 la student granada n zaragoza nk parking kt blakang workshop..mmg pedih la nk mengengsot.

    bab harga sticker rm15-rm30?? asa2nya x ramai student yg nak beli..setakat "sticker haram" tu, ramai yg blh watkan. Dgn harga skrg ni pn x ramai student yg nk membelinya, inikn rm30??
    Maintainkan saja dgn harga skrg nie..apa susah. pihak2 yg tiada kena-mengena dgn campus, sptutnya jgn la dibenarkn parking di kawasan hostel..menyemak ja

    Student sem 1 dilarang bawa kereta.
    yeah..bawak moto suda. Parking moto dlm hostel bersepah lg dgn tempat kosong. Faciliti n kemudahan dgn campus ni pn bknya byk sgt pn..ATM machine pn tarak..taxi pn jarang2 ada..agak2 la nk kena berjoging ke kilang lama nk beli brg2 harian..kesian la.. nak pegi masjid kt poli tu mmg la dekat sgt pn..x berpeluh pn klu jalan kaki pi sana..kan? aku da alami smua tu, mau berwuduk dgn air peluh ja la.

    sorry typing error.

    ReplyDelete