SALAM SEJAHTERA

Wednesday, 23 March 2011

Mesin Basuh & Vending Mesin Baru..Coming Soon

Bismillahirrahmanirrahim..


Pertemuan 6 mata JPM MSI bersama En. Badri dari General Administration Unit petang tadi telah membuahkan hasil yang sangat positif dalam menangani masalah kekurangan mesin basuh di kalangan para pelajar terutamanya di kawasan blok-blok pelajar lelaki.



Dalam pertemuan tersebut juga, kami menyuarakan hasrat tentang vending mesin yang menjadi 'TOP SPOT' pada semester ini, kerana acapkali 'SOLD-OUT', dan tak sampai dua hari pun dari tarikh refill oleh syarikat Vending Atlas (M) yang bertanggungjawab membaik pulih mesin itu. Tentang vending mesin pihak admin memberi kelonggaran untuk pihak JPM MSI untuk mengemukakan cadangan, dan pihak JPM MSI akan melakukan survey untuk setiap bilik tidak lama lagi untuk mendapatkan: 
1. Jumlah mesin basuh yang diperlukan.
2. Vending mesin yang diperlukan
3. Kemudahan hostel lain yang diperlukan.

Untuk survey yang akan dilakukan, mungkin hanya melibatkan '1 bilik, 1 survey', bagi memudahkan pihak JPM MSI mengutip dan mengedar survey tersebut. Jika tiada aral yang melintang, dengan izin-Nya survey itu akan dilakukan pada minggu hadapan. 

Saya mewakili pihak JPM MSI agar meminta jasa baik para pelajar semua untuk terlibat dan menyumbangkan idea ke arah keselesaan bersama di hostel.

Berita terkini tentang mesin basuh dan vending mesin akan dipaparkan di blog ini dari semasa ke semasa.

Untuk sebarang idea, pendapat, atau komen ajukan ke jpmmsi2u@gmail.com.

Assalam..

AIYUB AZIZAN
Naib Presiden, Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa MSI 2011/12.

5 comments:

  1. highly support !

    ReplyDelete
  2. support 100%...

    ReplyDelete
  3. setuju...kalau dapat buat ATM kat pak guard lagi ok...sebab bilangan student msi semakin ramai...satu langkah yang terbaek...pasti akan mendapat sambutan dari pelajar dan satu langkah bijak jpm untuk membantu pelajar2.Jika berjaya ini adalah kejayaan yag bergitu bermakna untuk kami dan staf2 msi juga...

    ReplyDelete
  4. tambah mesin tp kurangkan harga kpd rm2 ker, hehee...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.

    Saya brsetuju dgn cadangan mletakkan sebuah ATM machine utk kegunaan pelajar krn dpt memudahkan pelajar2 yang tidak mempunyai kenderaan utk keluar masuk campus..Kita letak saja sebagai contoh IPTA-IPTA lain kebanyakkannya mempunyai ATM machine.

    Satu lagi...saya syorkan dibinakan satu laluan pejalan kaki yg berbumbung dari hostel ke kuliah bg memudahkan pelajar sekiranya cuaca hujan..

    ReplyDelete